Manfaat Serbuk Protein

Nuewee-Benefit-of-Protein-Powder 600 x 314

Ramai yang belum mengetahui tentang kepentingan protein, ia bukan sahaja sesuai untuk mereka yang melakukan senaman untuk meningkatkan jisim otot tetapi ia penting dalam diet harian.

Hakikatnya, protein mempunyai kebaikan tersendiri dan memberi manfaat kepada tubuh badan yang bersesuaian kepada lelaki dan perempuan.

Protein memainkan peranan vital dalam badan dan kuantiti yang bersesuaian untuk memberi pelbagai manfaat kepada badan, seperti menambah baik bentuk badan, mengurangkan jisim lemak, meningkatkan prestasi sukan, dan membantu pemulihan daripada senaman.Adakah perempuan juga turut digalakkan untuk mengambil protein yang sesuai?

1. Menambah baik bentuk badan dan membantu mengurangkan lemak

Bagi mengurangkan berat badan dan lemak badan, badan kita perlu berada dalam keadaan status tenaga negatif yang bermakna jumlah kalori yang diguna adalah lebih tinggi daripada jumlah yang diambilDengan ini, jisim badan akan turun akibat ketidakseimbangan tenaga, jumlah kehilangan jisim otot boleh sebanyak 25% daripada jumlah penurunan berat badan.

Ia memberi impak yang ketara kepada jisim bebas lemak badan seseorang, terutamanya otot rangka, kesihatan metabolik, prestasi sukan, dan jenis badan yang diingini pada wanita. Apabila terdapat ketidakseimbangan tenaga, pengambilan protein yang tinggi boleh membantu mengekalkan jisim tanpa lemak.

Protein dapat memberikan rasa yang kenyang lebih lama berbanding dengan makronutrien yang lain (lemak dan karbohidrat). Kerana ia mengambil masa yang lebih panjang untuk berasa lapar kerana mengandungi protein yang tinggi, dan dapat mengawal nafsu makan yang berlebihan dan efisiensi dalam pelan penurunan berat badan.

2. Pemulihan Badan

Protein memberi manfaat kepada wanita dalam proses pemulihan badan selepas bersenam.

Minuman protein selepas senaman dapat mempercepat proses menaikan otot senaman yang berterusan boleh merosakkan tisu otot dan menyebabkan sakit otot.

Pengambilan protein selepas senaman dapat mengurangkan sakit otot (DOM), mengelakkan daripada kelesuan sepanjang hari dan membantu mengurangkan “Hunger Hungry”.

3. Prestasi Tubuh Badan

Protein juga dapat meningkatkan prestasi fizikal badan dengan mengembalikan badan yang ideal tanpa lemak dan meningkatkan kekuatan.

Pengambilan protein yang bersesuaian dapat meningkatkan prestasi dalam bersukan, mengekalkan fizikal badan yang ideal dan meningkatan stamina.

Berdasarkan kajian, suplemen protein dapat meningkatkan kekuatan dengan melakukan senaman atau bersukan. Peningkatan stamina bukan sahaja boleh meningkatkan prestasi sukan seseorang tetapi memberi impak secara keseluruhannya.

Pengambilan protein juga boleh meningkatkan prestasi daya tahan tenaga. Gabungan protein dan karbohidrat menunjukkan cara terbaik untuk memulihkan tahap glikogen. Penyimpanan glikogen ialah faktor penting dalam menentukan prestasi daya tahan tenaga. Terdapat kajian yang menunjukkan semasa melakukan senaman lebih daripada satu jam, prestasi badan yang lebih baik ditunjukkan dengan tahap glikogen yang lebih tinggi.

Jika wanita ingin mendapatkan semula badan yang ideal dalam masa yang singkat, pengambilan protein sebagai makanan tambahan dapat meningkatkan kecekapan badan untuk memulihkan simpanan Glikogen.

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan di bawah:

  1. Nuewee Organic Green Tea Protein with Stem Cell Gold
  2. Nuewee Organic Blackcurrant Protein with Astaxanthin
  3. Nuewee Organic Banana Protein with Tiger Milk Mushroom
  4. Nuewee Organic Pumpkin Seed Protein with Turmeric ,
  5. Nuewee Organic Pea Protein Isolate Plus
Bahasa Melayu
× Bagaimana saya boleh membantu?