Apakah Protein?

Nuewee-what-is-protein 600 x 314

Protein ialah sejenis makronutrien yang di signifikasikan sebagai membina dan membaiki tisu otot dalam badan. Sumber protein memenuhi sebanyak 17% daripada berat badan. Protein ialah komponen yang vital bagi otot, kulit, organ dalaman, terutamanya jantung, otak, mata, rambut dan kuku. 

Sistem imunisasi badan kita memerlukan protein untuk melawan penyakit dan menguatkan antibodi badan. Protein juga turut memainkan peranan yang penting dalam pengawalan gula dalam darah, metabolisme, dan fungsi tenaga. 

Protein terdiri daripada 22 asid amino semula jadiyang dikenali sebagai asas pembentukan protein. 

Terdapat 9 asid amino penting yang perlu kita dapatkan daripada makanan atau suplemen protein kerana kita tidak mampu mendapatkan 9 asid amino tersebut di dalam makanan harian. 

nuewee protein powder

Terdapat beberapa jenis suplemen protein yang terdiri daripada soya, kacang dan whey.

Protein Soya: Sejenis protein berasaskan tumbuhan yang mengandungi semua asid amino yang penting dengan pelbagai fungsi untuk kesihatan.

Protein Kacang Pis: Sejenis protein berasaskan tumbuhan yang tidak mempunyai laktosaIa diasingkan daripada Legumes khususnya kacang yang berwarna kuning

Protein Whey: Sejenis protein berasaskan sumber dari haiwan yang diasingkan daripada protein whey, dan ia sejenis produk sampingan tenusu yang dijalankan semasa proses pembuatan keju. Ia berasal daripada susu dan kebanyakan untuk protein whey mengandungi gula laktosa.

Adakah anda masih keliru untuk memilih protein yang terbaik untuk anda? Sila rujuk artikel ini>> Memilih Protein yang Betul: Soya vs Kacang Pis vs Whey !

Bahasa Melayu
× Bagaimana saya boleh membantu?