6 Rahsia Protein

Nuewee-6-Secrets-of-Protein 600 x 314

Protein ialah komponen membina sel badan yang paling penting, sebab utama pengambilan protein adalah untuk menguatkan otot, rambut, kulit, kuku dan organ.

Protein menduduki satu perlima daripada berat badan, terdiri daripada 20 asid amino yang berbeza, malah individu yang ingin menurunkan berat badan, menguatkan otot atau mengekalkan berat badan akan mengambil protein supaya mampu menaikkan otot untuk membakar lemak.

Namun begitu, adakah protein yang dijual dalam pasaran atau mengambil protein haiwan adalah selamat untuk dimakan? Adakah terdapat kolesterol selepas mengambilnya? Mari ketahui 6 rahsia tentang protein.

Rahsia 1: Terdapat 2 Jenis Protein

Protein dikategori sebagai protein tumbuhan dan protein haiwan. Secara umumnya, protein yang dijual dalam gimnasium atau farmasi ialah protein haiwan. Selepas mengambil minuman protein dan disertakan bersama senaman akan dapat menaikkan otot dan turunkan lemak dalam masa yang singkat.

Namun, saiz badan anda akan mengecil dan kelihatan lesu jika anda berhenti mengamalkannya. Tambahan pula, pengambilan protein haiwan secara berlebihan akan meningkatkan lemak viseral dan kalori yang lebih tinggi. Risiko lemak viseral termasuklah tekanan darah tinggi, kolesterol yang tinggi dan paras glukosa yang tinggi.

nuewee two types of protein

Rahsia 2: Adakah Sihat Untuk Makan Telur Atau Dada Ayam Setiap Hari?

Secara umumnya, kita mengetahui bahawa ramai yang berkemampuan untuk makan daging dan ikan dalam setiap hidangan disebabkan keadaan ekonomi yang semakin baik. Kini, daging disuntik dengan hormon-hormon untuk mempercepatkan tumbesaran bagi memenuhi permintaan dalam pasaran.

Sesetengah peniaga menyuntik antibiotik dalam haiwan untuk memastikan ia adalah selamat dijual dan tidak menjejaskan pendapatan mereka. Namun, daging yang disuntik dengan bahan kimia akan memberi kesan kepada tubuh badan kita untuk jangka masa yang panjang. Kami mencadangkan bahawa orang tua atau individu yang mempunyai kolesterol tinggi untuk mengambil protein tumbuhan.

Seterusnya, anda juga boleh makan telur rebus selain daripada telur yang digoreng atau kaedah memasak yang berbeza. Kolestrol yang tinggi bukan datang dari telur tetapi ia datang dari kaedah memasaknya.

Rahsia 3: Kebaikan Pengambilan Protein Tumbuhan

Bagi yang ingin mengelakan lebihan kolesterol, kami mencadangkan anda untuk mengambil protein daripada sayur-sayuran, kekacang atau cendawan. Contohnya, Tauhu, Hericium Erinaceus, Susu Soya, Bayam, Bunga Kubis, Edamame, Asparagus, Tempe, Lentil dan sebagainya.

Rahsia 4: Pengiraan Protein.

Setiap individu mempunyai berat badan yang berbeza memerlukan kuantiti protein yang berbeza dalam sehari. Kaedah pengiraan adalah seperti berikut:

Kekalkan berat badan: __kg x 1g, Contohnya: 50kg x 1g = 50g, memerlukan 50g protein sehari.

Hilangkan lemak: __kg x 1.2kg, Contohnya: 80kg x 1.2g = 96g, memerlukan 96g protein sehari.

Tambahkan berat badan: __kg x 1.8g, Ontohnya: 35kg x 1.8g = 63g, memerlukan 63g protein sehari.

Rahsia 5: Kesan Kurang Pengambilan Protein

Sekiranya anda kurang mengambil protein, metabolisme akan menjadi perlahan dan badan akan mula mengumpul lemak, sistem imunisasi akan menurun, penuaan lebih cepat, kulit dan badan akan mengendur, dan kulit akan menjadi kusam.

Bagi mengatasi masalah ini, pengambilan protein yang bersesuaian amatlah digalakkan. Boleh merujuk kepada kaedah pengiraan kuantiti protein yang diperlukan oleh badan.

caesar salad

Rahsia 6: Senaman Sahaja Tidak Akan Membina Otot

Orang ramai beranggap bahawa bersenam secara berlebihan boleh meningkatkan jisim otot. Pemikiran ini salah sama sekali kerana ia hanya kehilangan jisim otot asal.

Senaman hanya mampu menguatkan otot asal anda. Bagi menambah otot, anda perlu mengambil protein 30 minit selepas senaman supaya otot dapat menyerap protein tersebut..

Setengah jam awal iaitu 30 minit pertama adalah masa yang terbaik, sekiranya anda tidak mengambil protein, anda akan kehilangan otot. Kami mencadangkan mengambil protein tumbuhan atau telur selepas senaman!

Nuewee Organic Protein Powder membekalkan protein berkualiti tinggi, ia mengandungi beberapa jenis asid amino yang penting dalam tumbesaran, mengekalkan dan membaiki kan tisu-tisu badan. Metabolisme dapat berfungsi dengan baik jika protein yang diambil mencukupi.

Seperti membina sebuah rumah, bahan utama untuk pembinaan badan ialah protein.

Nuewee Organic Protein Powder sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak yang sedang membesar. Sebagai sumber protein berkualiti tinggi, ia dapat menggantikan protein haiwandalam pemakanan anda!

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan di bawah.

Bahasa Melayu
× Bagaimana saya boleh membantu?