Memilih Protein yang Betul: Soya vs Kacang Pis vs Whey

Nuewee-Types-of-Protein-Powder 600 x 314

Adakah anda tidak pasti manakah protein yang bersesuaian dengan anda? Mari bezakan protein whey, kacang pis dan soya. Kebanyakan protein adalah berasal daripada sayur-sayuran atau sumber haiwan. Protein whey ialah berasaskan haiwanmanakala protein soya dan protein kacang pis adalah berasaskan sayur-sayuran. Ramai orang berpendapat bahawa protein berasaskan haiwan adalah lebih lazat dimakan dan terdapat juga sebahagian orang yang mengambil protein berasaskan tumbuhan yang membawa manfaat kepada kesihatan atau sebagai pilihan gaya hidup.

1. Protein Soya

Jika anda meragui bahawa anda mempunyai alahan protein susu, pilihan terbaik anda ialah protein soya. Protein soya adalah berasaskan tumbuhan dan mengandungi kandungan protein yang tinggi. berasaskan tumbuhan dan mengandungi kandungan protein yang tinggi. Terutamanya, protein soya menawarkan semua 9 asid amino penting untuk menggalakkan pertumbuhan. Anda digalakkan tidak mengambil protein ini secara berlebihan kerana ia mungkin menjejaskan aras normal estrogen badan. Protein soya adalah tanpa kolesterol dan protein ini adalah bermanfaat terhadap individu yang mempunyai masalah kolesterol.

Protein soya dapat mengawal paras gula darah dan menurunkan berat badan. Protein soya menggalakkan penghasilan insulin dalam badan untuk mengawal paras gula yang tinggi dalam darah. Oleh itu, kacang soya ialah sumber terbaik untuk dimasukkan ke dalam diet diabetes.

Siapakah Yang Digalakkan Mengambil Soya Protein:

  • Mereka yang ingin menaikkan jisim otot
  • Mereka yang mempunyai masalah jantung
  • Mereka yang mempunyai diabetes

2. Protein Kacang Pis

Jika anda sedang mencari sumber protein vegetarian, protein kacang pis pasti akan menjadi pilihan terbaik anda. Protein pis protein bebas gelatin, bebas tenusu yang diperoleh daripada kacang pis. Protein kacang pis kaya dengan serat dan mengandungi asid amino penting. Sekiranya anda mempunyai elergik terhadap produk tenusu dan telur, anda digalakkan untuk mengambil protein pis. Ia ialah salah satu jenis serbuk protein yang terbaik bagi vegetarian.

Siapakah Yang Digalakkan Mengambil Protein kacang Pis:

  • Mereka yang vegetarian
  • Wanita yang sebelum dan selepas menopaus
  • Mereka mempunyai elergik kepada produk tenusu

3. Protein Whey

Protein whey berasal daripada susu dan di signifikan dalam pembinaan otot dan menggalakkan pertumbuhan otot. Ia kaya dengan protein dan padat dengan asid amino yang membantu dalam pemulihan otot. Protein whey juga salah satu jenis protein yang terbaik dalam pembinaan otot.

Protein whey membantu dalam menguatkan otot, membina kekuatan otot, dan aktiviti bersukan. 

Whey ialah sejenis protein yang paling tulen dan mudah dihadam. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi laktosa yang tidak sesuai bagi individu yang mempunyai elergik terhadapnya.

Siapakah Yang Digalakkan Mengambil Protein Whey:

  • Atlet dan ahli sukan profesional yang bersenam
  • Mereka yang ingin menguatkan stamina ketika bersenam
  • Mereka yang ingin menguatkan otot

RUMUSAN:

Protein SoyaProtein Kacang PisProtein Whey
Jenisberasaskan tumbuhanberasaskan tumbuhanberasaskan haiwan
Sumberdaripada kacang soyadaripada kacang pisdaripada susu
Mengandungi Kolesterol?XX/
Mengandungi Laktosa?XX/
Mengandungi Gluten?XX/
Kecekapan dalam Penurunan Berat Badanlebih berkesanlebih berkesan kurang menunjukkan kesan
Kecekapan dalam Pembesaran Ototkurang menunjukkan kesanlebih berkesan daripada protein soyalebih berkesan daripada protein soya & kacang pis
Kegunaancampurkan dalam makanan dan minumancampurkan dalam makanan dan minumancampurkan dalam makanan dan minuman

Adakah kekeliruan anda sudah terjawab? Kini, anda sudah ketahui 3 jenis perbezaan antara Protein Soya, Protein Kacang Pis dan Protein Whey! Nuewee mempunyai Protein Soya dan Kacang Pis yang lazat dan 4 jenis perisa yang berbeza:

  1. Nuewee Organic Green Tea Protein with Stem Cell Gold
  2. Nuewee Organic Banana Protein with Tiger Milk Mushroom
  3. Nuewee Organic Blackcurrant Protein with Astaxanthin
  4. Nuewee Organic Pumpkin Seed Protein with Turmeric ,
  5. Nuewee Organic Pea Protein Isolate Plus

Jom dapatkan Protein Sekarang dan Mencuba Resepi Yang Lazat !

Bahasa Melayu
× Bagaimana saya boleh membantu?