Berapakah kuantiti protein yang diperlukan oleh seorang kanak-kanak?

Nuewee-How-Much-Protein-Do-Kids-Need 600 x 314

Adakah anda tahu bahawa kanak-kanak perlu mempunyai makanan yang seimbang? Dan, adakah anda tahu berapa kalikah kanak-kanak perlu makan setiap hari?
Tentulah banyak kali!

Sebuah hidangan yang sihat boleh memastikan anak anda berada dalam keadaan yang gembira dan sihat. Namun, ramai ibu bapa masih kurang prihatin dengan pemakanan anak-anak mereka kerana masih ramai yang memberi anak-anak makanan ringan dan minuman bergas!

Inilah sebabnya muncul ramai remaja yang mempunyai masalah obesiti.

Adakah anda berusaha untuk membantu anak anak anda menjadi seorang kanak-kanak yang sihat? Jadi, anda perlulah perlulah menyediakan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang!

Manfaat Protein Terhadap Kanak-Kanak:

1. Bina Otot:

Protein merupakan bahan binaan kehidupan. Protein membantu membina, mengekalkan dan menggantikan tisu-tisu dalam badan kita. Protein turut membantu dalam menguatkan sistem imunisasi badan dan organ dalaman!

2. Bantu Tumbesaran Sel-Sel:

Protein adalah vital dalam tumbesaran sel badan kita. Protein menambah darah, menyembuhkan luka, membantu dalam tumbesaran kuku , rambut, dan sebagainya.

3. Meningkatkan Metabolisme:

 Protein yang berada dalam bentuk hormon dan enzim mengekalkan proses metabolisme dalam tubuh badan yang sihat.

4. Meningkatkan Tahap Sistem Imunisasi:

Sistem Imunisasi dalam badan melawan penyakit untuk mengekalkan kesihatan diri. Protein juga berfungsi sebagai jaringan sel untuk membantu sistem keimunan berfungsi dengan baik.

5. Membekalkan Kalori:

 Protein untuk kanak-kanak boleh memberikan keajaiban kepada mereka. Karbohidrat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan kita. Ketika karbohidrat adalah tidak mencukupi, protein digunakan untuk mendapatkan kalori.

6. Menghasilkan Hemoglobin:

Badan kita memerlukan oksigen yang cukup bagi mencapai tahap optimumnya. Protein membantu dalam penghasilan Hemoglobin, bahagian darah di mana membawa oksigen ke seluruh badan kita.

Adakah anda sudah jelas mengapa kanak-kanak memerlukan protein dalam pemakanannya. Tetapi bagaimana anda boleh memastikan mereka mendapat nutrien yang mencukupi? Berapakah sebenarnya kuantiti protein diperlukan oleh seorang kanak-kanak yang normal dalam sehari? Kami telah menyediakan panduan mudah untuk membantu anda!

0-12 bulan: 9.1 gram protein sehari

1-3 tahun: 13 gram protein sehari

4-8 tahun: 19 gram protein sehari

9-13 tahun: 34 gram protein sehari

Bahasa Melayu
× Bagaimana saya boleh membantu?