Prihatin terhadap Orang Kurang Berkemampuan

Nuewee-Corporate-Social-Responsibility

Di Nuewee, kami berbangga kerana dapat menjadi sebahagian yang berkhidmat kepada masyarakat. Berkhidmat kepada komuniti bermakna kami membantu pelanggan, komuniti setempat dan setiap lapisan masyarakat. Melalui kutipan derma pada bulan September 2021 yang lepas, khidmat masyarakat merupakan cara kami memulangkan semula senyuman kepada masyarakat.

Persatuan Insan Istimewa Cheras, Selangor (PIICS)

Persatuan Insan Istimewa Cheras, Selangor mulai ditubuhkan pada tahun 2009. Ia terletak di Taman Rakan, Kajang. Persatuan Insan Istimewa Cheras, Selangor telah menerima sebanyak 40 orang kurang berkemampuan berumur 7-46 tahun. Kebanyakan daripada keluarga miskin atau keluarga ibu bapa tunggal. Persatuan Insan Istimewa Cheras, Selangor menyediakan penginapan, makanan, perubatan, pendidikan secara percuma. Mereka dilatih berdikari supaya mempunyai keupayaan menjaga diri. Kakitangan persatuan tersebut menyatakan bahawa kanak-kanak yang berada di persatuan tersebut tidak membawa masalah kepada mereka, malah mereka akan membantu untuk melakukan tugasan yang ringan dan mudah seperti membersihkan tilam, kerusi, dan set makan terpakai.

Persatuan Rumah Amal Murni Kajang (PRAM)

Persatuan Rumah Amal Murni Kajang ialah satu rumah amal bagi orang kurang upaya dan warga emas. Persatuan ini tubuh pada April 2005 dengan misi membantu orang miskin, warga emas, kurang berkemampuan dan kurang upaya. Jawatankuasa kini telah diambil alih oleh sukarelawan pada September 2006. Jawatankuasa tersebut menguruskan dana, menyelenggara premis dan menjaga kebajikan penduduk.

nuewee amal

Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Wen Xin

Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Wen Xin dibangunkan pada 7 Julai 2017. Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Wen Xin mengambil bahagian dengan aktif dalam mempromosikan kerja-kerja kebajikan dan penjagaan warga emas dalam masyarakat dan menerima lebih ramai warga emas yang terbiar atau memerlukan penjagaan. Mereka berusaha untuk menambah baik dan mengembang pembinaan pusat, menambah peralatan, barang keperluan, ubat-ubatan dan sebagainya supaya anak yatim mempunyai persekitaran yang lebih sempurna dan selesa.

Nuewee-CSR-Pertubuhan-Kebajikan-Orang-Tua-Wen-Xin-new
Bahasa Melayu
× Bagaimana saya boleh membantu?